banner

Tuesday, January 17, 2012

Pakej fotografi perkahwinan RM300? Mahalnya?

Apabila pakej fotografi perkahwinan hanya rm300?

Tergerak hati aku menulis artikel ini bukanlah kerana nak menyinggung perasaan sesiapa. Tetapi agar anda paham kenapa semuanya harga seperti ini. Anda membayar pun puas hati kerana anda tahu apa yang anda bayar. Saya hargai kepada anda yang bertanya soalan ini kerana anda berhak tau kenapa perlu membayar sebanyak itu. Anda memang prihatin tentang apa yang anda belanjakan.



Sering kali kami diajukan soalan ini, "mengapa harga fotografi korang mahal sangat?, RM300 cukuplah". Bagi geng photography lain mungkin ini soalan rutin malah boleh dikatakan soalan paling selalu kuar lam SPM. Kene baca bab ni, baru boleh dapat markah tinggi. Apa jawapannya? Anda mungkin ada jawapan tersendiri.
Yang paling utama, asas segala perkara sebelum memulakan bisnes adalah kamera. Ada kamera baru boleh jalan. Harga kamera untuk makluman anda semua bukanlah murah. Sebijik kamera entry level sekali lens & flash paling kurang harga nya dalam lingkungan RM2000 ke atas. Belum accesories lain lagi, seperti beg, reflector, bateri spare dan lain-lain. Tak munasabah kalau kita berniaga fotografi guna compact kamera atau camera handphone. Ndak ke orang nak ambik pakej kita. Bayangkan hanya RM300. Sampai bila nak pulang modal.




Itu hanya satu perkara sahaja, perkara yang kedua, tentang penyelenggaraan kamera. Macam kamera aku, 2 tahun dah, macam-macam masalah yang mungkin datang kalau tak di maintain betul-betul. Antaranya fungus pada lens, masalah pada lens tak bleh nak focus ngan betul, flash tak nak nyala, adakalanya malang tidak berbau, lens atau kamera jatuh ke, sekurang-kurangnya dalam pakej fotografi sudah ada cover semua tu. kemudian hari nanti boleh guna bila benda ini rosak. Semua ini memerlukan wang. Jangan lupa, sampai tempoh nya, anda perlu membeli kamera yang baru. Semua benda ada ajalnya sendiri melainkan Allah. Malah malaikat maut pun last sekali pun turut dicabut nyawanya oleh Allah sendiri.


Dalam menerima satu pakej tu, bateri juga ada hayatnya. Ada yang guna bateri yang boleh di cas. Suatu hari hayatnya sampai, kene ganti balik. Apatah lagi yang guna bateri pakai buang. setiap job kene beli bateri. Bukan nak beli sebijik je, tapi berbijik-bijik.

Seperkara lagi yang utama. Benda yang tak nampak. Bukan hanya album perkahwinan anda sahaja yang perlu anda bayar, tetapi tenaga dan kreativiti photographer. Teringat aku satu kisah aku baca dalam internet, tak tau betul ke tak. Ada sorang mamat tu mintak Leonardo Da Vinci untuk melukis sesuatu potrait kalau tak silap aku. Leonardo melukisnya sekejap je, pastu beliau meminta bayaran nya. Mamat yang mintak lukis tu pun bertanya," kenapa mahal sangat walhal ko lukis kejap aje". Leonardo menjawab," aku bertahun-tahun untuk dapat kemahiran tu, barulah aku dapat buat macam tu". Nasib baik le Leonardo tak cakap, " ko lukis le sendiri, ko ingat senang ke aku belajar melukis!". Ternyata beliau profesional.

Daripada cerita tu tadi, dapat kita huraikan, kita membayar seseorang itu berdasarkan tenaga, kreativiti dan pengalaman beliau. Semakin terkenal, semakin le mahal. Malah makin banyak permintaan terhadap mereka. Tu belum kira bayaran ketika photographer menghadiri kursus-kursus atau seminar termasuk tambang kalau tempat itu jauh.

Semua itu adalah perkara yang berlaku dimana proses mengambil gambar dilakukan. Tamat majlis, semuanya masih takkan berakhir begitu sahaja. Photographer akan membawa semua gambar, mengupload gambar, kemudian mengedit gambar tersebut. Setelah selesai, semuanya masih juga belum berakhir , photographer akan pergi print dengan kos yang tertentu. Kalau sticky album, sesudah print, kerje yang agak aku tak berapa suka buat adalah menyusun semua gambar ke dalam sticky album. Seterusnya burn semua dalam dalam dvd. Pastu cover kene design pulak.

Photobook atau custom album pun begitu jugak. Walaupun tak payah nak susun secara manual seperti sticky album, tapi kita kene composed sebaiknya sebelum dihantar untuk printing. Kos Photobook atau custom album ni mahal. Tu belum kira kos teh tarik ketika retouch & enhance gambar. Termasuk panadol kalau pening kepala.

Sebenarnya banyak lagi kos-kos lain yang tersembunyi. Seperti cas untuk pembantu jurugambar, transport (ke majlis tersebut ataupun ketika kita berurusan), bil talipon, komputer pun kene beli, bayaran untuk penat lelah kita dan sebagainya.

Dalam perniagaan, kene ada untung, kalau setakat pulang modal, yang kita dapat hanya penat lelah sahaja. Baik kita berehat hujung minggu, makan gaji.



Kami cuba memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak. Sama ada dipihak pelanggan mahupun di pihak kami. Contohnya berkenaan pakej. Pakej A untuk orang yang kurang mampu. Pakej B untuk yang sederhana dengan sticky album. Kalau ada budget boleh le pilih pakej C dengan custom album (photobook). Memang le seronok tengok custom album, tapi tengok le kemampuan kita.


Pakej yang kami buat mensasarkan golongan sederhana, sebab itulah pakej kami bersifat sederhana. Agak berpatutan dengan nilai. Cuma kalau ada permintaan yang lebih, kami add on sahaja seperti kita makan kat KFC tu. Nak makan lebih, order lagi. Pakej kami tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Tidak terlalu mahal sehingga golongan sasar kami tidak mampu, dan tidak terlalu murah sehingga menjejaskan market photografi sehingga digelar syarikat fotografi kebajikan yang mengharapkan ganjaran pahala semata-mata. Harga pakej yang kami keluarkan mengambil kira perkara yang dijelaskan tadi.

Akhir kata, rm300 itu cukup ke jika dibanding dengan kos kamera setiap bulan, pengalaman dan kursus atau seminar yang kita hadiri, kemudian dengan kos material seperti album, kepingan-kepingan gambar yang di print serta kos tersembunyi yang lain. Anda sendiri dapat menjawabnya.


p/s : Pakej Photography jangan dilihat sebagai objek sahaja, seperti harga album atau gambar yang di cuci, tetapi lihatlah dari sudut seni yang subjektif yang boleh menarik perhatian anda.



Sumber dari Endless Photography

8 comments:

  1. nice blog..Follow , like , n vote :) I will follow you back . http://mynameishafizah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Thanks for the good info..bukan setakat bagus..memang harus dititikberatkan..

    ReplyDelete
  3. sokong...sya mmg suka bc kenyataan diatas.. sya dh bpengalaman amik pakej mahal..tp bebaloi..gambo kawin lawo2 giler..bile org tgok sume jeles...hehehe alah membeli menang memakai.

    ReplyDelete
  4. btui tu...cuma ada sesetengah org yg amik pakej murah,tp harapkn pulangan/kerja/pakej seperti pakej mahal...huhu..letihhhhh

    ReplyDelete
  5. SALAM WBT. ABG DAH FULLTIME NIAGA FOTO VIDEO 20 THN LEBIH. DARI DULU MEMANG ADA TEMUI SOALAN SEBEGINI. SALAH 1 JAWAPAN YG ABG GUNA... BEZANYA PAKEJ MURAH DGN MAHAL ADALAH SEKALI PETIK SEMUA EQUIPMENT SAYA BERFUNGSI BERNILAI RM 10K++... YG KWN2 DGN SEDARA MARA SHOOT GUNA POKET KAMERA MUNGKIN BERNILAI RM RATUS SHJ... SBB DULU GUNA FILEM, KAMERA BERHARGA RM 3.7K NIKON F90X, FLASH METZ 45 CL4 RM 1.6K, STUDIO LIGHTING HENSEL RM 5K, BACK DROP LASTOLITE RM 800... DAN MCM2... DULU X DE CHINA MADE LIGHTING STUDIO MAUPUN AKSESORI KAMERA MURAH... SEMUA ORI NIKON... MORALNYA OUR EQUIPMENT DAN OUR PROFESSIONALISM... MY SUGGEST KORANG ORG MUDA2 UPGRADE KNOWLEDGE LEBIH BYK DARI EQUIPMENT OK...

    ReplyDelete
  6. stuju sgt2...kadang2 dorg ni kita da bg murah, time nak deliver album mntk kurang lagi..nak hasil yang terbaik dan cantik tapi nak kluarkan modal lebih berkira...

    ReplyDelete